Wednesday, September 30, 2009

.: Warkah Cinta Seorang Rocker

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..



Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?



Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket
konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain. Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!



Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!



Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!



Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!



Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!



Yang Benar,



Gua











*Ini bukan gua yang tulis.Sumpah...Gua dapat dari email kerja gua.Ntah siapa yang forward....

Tuesday, September 29, 2009

.: it's hard when she's found a new whole and you're still broken.






the danger of a broken heart is not the pain.
not the tears, or anger.
not the ache, not the loneliness,
not the quiet, the empty seat, the bed now much too big.

the danger of a broken heart is what we have to repair it with.
mistrust, hopelessness, faux comfort.
independence.
the oaths we take. what we swear to ourselves.
the danger is self-reliance.

the danger is that these stitches in our heart don't fall out.
that they are there to stay.
because they must.

the danger is that we know it isn't about love anymore.
and,
it isn't about how perfect we are in our world.
it's about how perfect we are in theirs.

the danger is that two became one.
and a half of one...
well.

half is not whole.

but now we must make it so.




*taken from here

Sunday, September 27, 2009

.: Berita Terkini Selepas Raya..~

Berat badan incik NaqibMiller sekarang adalah 88 kg.Satu pencapaian yang memberangsangkan memandangkan pada bulan Ramadan berat beliau hanyalah 84 kg....


Bila ditanya siapakah yang menyumbang kepada pencapaian ini,beliau menjawab..

"Terima kasih kepada Cik Lemang,Tuan Nasi Himpit,Encik Rendang dan rakan-rakan beliau En.Almond London,En.Kek Batik,Cik Cornflake Madu,En.Baulu dan ramai lagi.Tak lupa juga kepada Tuan Carl's Jr dan Puan McDonald kerana jasa mereka...

"Jasa mereka amat saya hargai.".tambah beliau..





Entri ini ditulis selepas didapati begitu ramai yang bertanya dan mengomen tentang berat badan incik Naqibmiller..

Wednesday, September 23, 2009

.: Ciss......

Sebab ni la aku malas nak beli mercun.Macam cilaka.Rugi duit aku saja...


Friday, September 18, 2009

.: Dum Dum Dum,Bunyi Mercun...!~

Esok dah cuti.Esok juga tarikh melihat anak bulan...


Semua berharap raya jatuh pada Ahad.Aku pula harap raya hari Isnin.Hehehe...Biar pening sikit orang-orang tv nak mengejas rancangan tv tu...

Apapun..


Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua warga Blogger semua..

Minta ampun dan maaf kalau ada terasa...

Jemputlah datang ke rumah..Kalau yang tahu la.....


ok...Adios amigos..

Tuesday, September 15, 2009

.: Miss Him So Much...





Jarang sekali aku terasa bila tengok atau baca sesuatu.Tapi semalam bila tengok iklan ni,rasa macam nak menangis walaupun iklan ni lama ditayangkan..


Ya,aku ni bukan nya hati batu sangat.Ada juga perkara-perkara yang sensitif..



Dah masuk tahun kelapan aku beraya tanpa ayah.Tapi tahun ni rasanya paling syahdu.lagi-lagi bila tengok mak aku beriya-iya mengemas rumah.Tukar langsir,tukar itu,tukar ini.Dia kata nak beraya lebih sikit tahun ni..Sampaikan kawan-kawan aku yang datang rumah cakap macam nak sambut menantu.Meriah...



Cuma...



Aku berharap sangat ayah aku dapat melihat semua itu.Cucu-cucunya yang semakin membesar.Anak-anak dan isterinya berkumpul,beraya bersama...


Indah rasanya...








**















Abah,ajib rindu abah...

Ajib rindu suara abah....

Sunday, September 13, 2009

.: Harapan Ramadan





Bukan pasal lagu Man Bai & Rahan.Cuma aku berharap semua kawan-kawan sama-sama berdoa dengan aku...



Harap gaji masuk sebelum raya.Poket dah kosong ni...

Weii,dah nak raya nih.Agak-agak laaaaa.....




* ayat ditujukan buat AD dept.Diharap dapat mendengar keluh kesah pekerja macam gua ni...

Friday, September 11, 2009

.: Tolong kami.Please...

It is better to lose your pride with someone you love rather than to lose that someone you love with your useless pride~


ayat dicuri dari sini...

Sesiapa yang terer English ni boleh tolong terjemahkan tak??

.: Macam L*han*t..~

Korang macam sial kan.Aku gemuk korang bising.Makcik korang gemuk tak ada pulak korang nak bising...

Yang gemuk aku.Bukan korang...Karang kalau korang jadi gemuk.Siap la..60 tahun punye gelak aku bagi kat korang...

Macam p*kim*k...




Nasib baik la aku puasa hari ni...

Tuesday, September 8, 2009

.: Kalau Anda Bosan Jangan Baca Ini.Kemungkinan Mengantuk Amat tinggi..!

Semalam kami pergi menjolok lagi.Dan diikuti dengan aktiviti mencari pelincir dan melepak sehingga sahur...





**





Seorang rakan aku berkata yang hidup beliau penuh dengan jalan mati.Kerja saling berganti walaupun pada mulanya kerja itu ok katanya..Sekarang dia sedang mengikuti kursus PNB(agaknya la.Aku tak tau eja..)untuk berbisnes.Dan sekarang pun dia merasa takut untuk buat bisnes.Takut tak jadi katanya..

Aku memang agak simpati dengan dia.Diploma ada,sijil komputer tu ada,ini ada,Cuma luck saja yang kurang sikit.Dengan plan masa depannya yang masih banyak yang tertangguh,dia jadi sedikit tertekan....

Kahwin,kereta,rumah....tipikal lelaki bujang masa sekarang..

Aku sebagai kawan cuma berharap dia akan dapat mencapai kejayaan...




**





Masa depan...

Satu perkara yang jarang sekali aku fikirkan.Kecuali bila bersama rakan-rakan..Aku pun tak tahu kenapa.Yang aku tahu aku cuma nak hidup dalam masa sekarang.Bukan semalam,bukan esok..

Tapi,itu membuatkan aku agak lemah dan kurang daya saing(memetik kata-kata bos aku..).Aku ada cuba untuk memikirkan masa depan dan membuat plan2 tertentu,Dan macam biasa.Ia akan berakhir samaada dengan tragedi atau kekecewaaan...




"What's the deal with my brain?
Why am I so obviously insane?
In a perfect situation
I let love down the drain.
There's the pitch, slow and straight.
All I have to do is swing
and I'm a hero, but I'm a zero."

Perfect Situation - Weezer

.: Jadi,Inilah Penamatnya..

So I drew a goodnight kiss,
I said it was all for you
Held your face in time
but the miracles came crashing down
But it was too late; the killers came
with knives and dressed all in blue
As they suck me in
I take your hand, well, isn't this romantic?
He's learned a lot from watching you and I (lovely)
Just wish these dreams would follow through
Don't ever be afraid, 'cause I'm never letting go
of your face since I knew there would be...
Blood spilling from your cut,
the ropes enwrapped you in love
Memories feed this disease
and I hate it..
But it was too late, the killers home
and knows you well I assume
As my luck grows thin I take your hand
Well, isn't this romantic?
He's learned a lot from watching you and I (lovely)
Just wish I already knew
Don't ever be afraid, 'cause I'm never letting go
of your face since I knew there would be blood.
Take these words I say, "Will you marry me?" to your grave
I knew you were the one.
This blood is love
You, me, I do, let's float away and die
You, me, I do, let's float away and die
He's learned a lot from watching you and I (lovely)
Tell the preacher to give our last goodbye
Don't ever be afraid, 'cause I'm never letting go
of your face since I knew there would be blood.
Take these words I say, "Will you marry me?" to your grave
I knew you were the one,
the one, the one!
I knew there would be blood..






*Taken from I Am Ghost's So,I Guess This Is Goodbye....

Thursday, September 3, 2009

.: Setan & Bulan Pose..(Edisi Ibadah Di Bulan Mulia)

"Semalam kau pergi tarawikh tak?..".Tanya seorang kawan aku..

"Tak..Transport tak ada la..".aku jawab..

"Ala,tu bukan alasan.Dulu orang pergi tarawikh jalan kaki tau.Berpuluh kilometer.Pahala pun dapat banyak..."..dia kata lagi..

"Ermm...betul gak....Eh,kau dah berapa kali pergi tarawikh??.".Aku tanya dia...

"Kau jangan la sibuk nak tau.Itu urusan aku dengan Tuhan..".Dia selamba jawab sambil makan roti canai banjir...




Macam sial la kau ni.Aku jerit dekat dia sambil terajang tiang....

.: The Lust