Hidup aku sekarang semakin membosankan.Lagi-lagi pade hujung minggu.Nasib baiklah semalam ade 2 orang kawan yang senasib dengan aku(single tapi emsem) menemankan aku sampai dinihari...
# yang berparut itu tangan aku.korang jangan tak tau.kenangan zaman mude-mude...
Sunday, November 30, 2008
Friday, November 28, 2008
Mengisi Masa Terluang....~
hehehe...Sebenarnya bukan cerita pasal hobi ataupun aktiviti cume aku yang kebosanan menunggu waktu balik...
Kadang-kadang aku terfikir banyak perkare-perkare pelik/abnormal/bodoh/sengal...
- betul ke orang yang belajar sampai tahap ijazah @ diploma confirm akan berjaya??
- kenape banyak orang yang berpelajaran & berpangkat pandang rendah dekat orang yang just keje kilang jer??
- betul ke setiap orang ade jodoh?
- kenape orang yang ade awek pandang serong dengan membe-membe yang single?
- kenape orang berebut nak jadi Perdana Menteri??
- kenape semua kene pakai duit??
- kenape harga minyak naik banyak tapi turun sikit??
- kenape aku jadi 'sengal' bile depan awek lawa?
- kenape?kenape? dan kenape??
banyak lagi tapi ade yang tak senonoh.So,aku malas nak tulis....(kan aku dah kate,banyak bende pelik dalam kepale otak aku ni...)
kalau ade yang nak jawab soalan-soalan berikut sile la...
Thursday, November 27, 2008
Terima Kasih Daun Pisang dari En.Bobo...~
hahaha....
First time aku dapat komen.Terkejut juga lah.Aku ingat takde sape pun yang nak masuk blog aku ni..
Untuk cik Cabincrew,maaf la.Sekarang ni aku tak dapat enjoy sangat.Hidup tengah tonggang terbalik.Biase la.Orang hidup dekat bandar kecil macam aku ni.Tetapi semua yang anda cakap mengenai Aries itu memang betul.Aries rulessss.hahaha.....Lagipun untuk pengetahuan semua aku baru sihat dari aktiviti kecewa tahap gaban akibat sindrom putus cinta.Hehehe...
Untuk en.dammit pulak,informasi kat bandar kecil ini memang terbatas.Kalau korang dah bertahun dengar Oh Chentaku,aku pulak baru je dapat dengar lagu dieorang(itupun setelah puas aku meng'google' untuk cari lagu dieorang ni).Aku cari dekat music store pun xde.So,bile aku dpat lagu dieornag ni aku agak teruja pasal lagu dieorang ni memang syok.Macam dengar band overseas....pasal perasaan 2 pula,you're right my friend.It's supa dupa suck......
Okla.Thanks kerana bagi komen dekat aku yang baru nak belajar berfikir ni.Anyway,kalau ade ape-ape nak ajar aku.Silakan...aku ni budak baru nak belajar(baru nak 'up'orang kate)....

Wednesday, November 26, 2008
Movie Of The day...~
Korang dah tengok Madagascar 2?? blum? hahaha,memang rugi.Heh,sebenarnya tak bagi sesiape yang tak suke tengok kartun animasi..
Baru semalam aku tengok movie ni.Best....lawak yang mantap walaupun hanya kartun je.Lagi pun ade jugak la pengisian dalam lawak-lawak die.Tak la gelak kosong aje.
Dalam panggung pun 90% adalah orang dewasa.Mungkin banyak yang nak release tension.Nak cari bende untuk digelakkan.Hehehe...macam aku la..
ok.see ya.(aku sakit perut.makan nasi goreng ayam dengan KFC.Overdose la...Ni jum punye pasal la ni.)

Sunday, November 23, 2008
Hidup Ini Singkat...~
Minggu lepas bersamaan 22 November 2008,seorang rakan saya telah kembali ke rahmatullah.Beliau meninggal dunia disebabkan kemalangan jalanraya..
Kejadian berlaku di tempat kerja beliau.Aku terkejut mendengar berita itu kerana minggu sebelumnya aku baru saja berjumpa dengan beliau.Apepun,takziah aku ucapkan kepada keluarga beliau.Semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya..
Oleh itu kepada semua,berhati-hati lah di jalan raya.Hidup ini singkat.Macam-macam boleh berlaku(anyway,aku ingatkan kat diri aku gak.aku ni rempit gak bile dapat motor)..
wslm...

Monday, November 17, 2008
wtf.~
Pernah dengar ayat 'Kambing Hitam'???
Aku rasa aku jadi seperti itu didalam office ini.Aku faham yang mereka lebih berkuasa dan berpangkat serta senior lebih dari diri aku.Tapi aku yang dapat 'blame' lagi-lagi pasal benda yang aku tidak buat.Apekejadahnye semua ini.Ciss.....
Apepun kawan kepada kawan aku pernah memberitahu aku yag itu semua adalah politik pejabat.Aku mengerti tetapi kadang-kadang aku sendiri pun tidak tahan dengan karenah 'orang besar' dalam pejabat aku ini...
Ala,lagipun aku cuma kuli sahaja.Lupa pula tentang itu.hehehe....

Sunday, November 16, 2008
Argggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......
wff....aku ni memang biol.Dah la kene 'dump' ngan awek sendiri.Perempuan tu pergi kt lelaki lain plak 2...
S*al....Arggggggg...
Takpe2.Ko tengok lepas ni aku jadi ape...
ERrrr....jadi emo plak..sori2.

Thursday, November 13, 2008
Friday, November 7, 2008
The Farewell Of Summer Romance
Sebenarnya ia sebuah lagu.Lagu dari band so-called "indie band".Oh Chentaku namanya.Memang secocok dengan feel aku pada masa itu.Biasa la,orang baru putus cinta.Agak stress,jiwang dan kadang-kadang boleh jadi juga marah.
Band ini agak bagus bagi sebuah band baru.Suara vokalis yang seakan-akan band overseas.Lagu yang ade tempo dan jeritan screamo.Cuma yang tidah best adalah rakaman lagu.(ala.aku dapat pun dari internet.free bai...)
Okla.Habis pasal band tu.Aku pun bukan nak review band Oh Chentaku ni.Tapi bil aku dengar lagu ni,aku terus terkenang semua pasal aku punya relationship.Opss...ex-relationship.Banyak yang aku fikirkan tentang semua ini.Mula-mula memang pening dan tak dapat terima.Tapi akhirnya aku dah ok.Think with your brain,not your temper.Orang putih punya pepatah la..
Dan juga,akhirnya aku faham yang tidak semua nikmat dunia tu kekal.Walaupun benda tu dekat genggaman diri sendiri.Jangan juga terlampau "over-confident" tentang your relationship.Sedangkan yang sudah kahwin pun boleh bercerai,inikan pula yang tiada sebarang ikatan.
Aku selitkan lirik lagu untuk korang amati.Kalu nak lagunya kene la download sendiri.

Wednesday, November 5, 2008
Pascanoda
hahahaha....
Aku sendiri tak tau apa maksud perkataan tu.Tibe2 je terlintas kt fikiran aku.Mgkin fikiran aku dah di tahap serabut 'gaban' iaitu serabut tahap paling atas.Mungkin la..
Maybe ini tempat paling sesuai untuk aku luahkan pendapat,pandangan,buah fikiran atau ape2 je yg bersarang dalam kepale otak aku ni..
Anyway,see you on the other side of the world.....
Subscribe to:
Posts (Atom)