Thursday, April 30, 2009

Tipah Tertipu...






Siapa dah tengok filem Bohsia??Sila angkat tangan...

Sesiapa yang dah tengok.Apa perasaan anda?
Teruja,rasa best,gembira atau tertipu.Hahaha.....

Cerita ni memang best....

Best kepala hotak hang.Best sampaikan 15 minit pertama aku boleh berborak dengan member aku.Cish...Bukan lah aku tak support filem tempatan.Tapi aku dah berusaha...

Serius,memang tak best.Dengan slang-slang yang aku rasa macam s*al juga.Dengan gaya-gaya rempit yang dibuat-buat.Semua lah...(kecuali bab rogol.ok gak tu.hahaha..)

Yang best nya adalah bila mana dia orang paparkan dekat tv scene-scene yang syok.Marketing strategi orang kata.Akhirnya kena maki ramai-ramai...



Nasib baik la semalam harga tiket cuma rm6.hehehehe....

Adoi...

"Terlampau banyak cakap adalah untuk orang bodoh.Orang bijak hanya bersabar dan bercakap bila perlu..".Dipetik dari kata-kata Dr.Fadhilah Kamsah...




Pergh...



Bisa...Menusuk kalbu...

Aku ni bukan lah di kategorikan sebagai peramah tapi selalu juga kawan-kawan aku sound aku.Minta jangan cakap...

Bila aku dengar kata-kata Dr.Fadhilah Kamsah baru aku sedar.Sebab aku kadang-kadang akan merapu bila kepala otak aku ni dah panas.Lagi-lagi dengan En.Orang Tua Bergaya.5 jam bercakap tanpa arah tuju,merepek,merapu,meraban pun jadi....

Ermm...

Mungkin sudah masa aku berubah.Aku akan bercakap bile perlu saja.Err...Boleh ke?Hamtam saja la labu....

Wednesday, April 29, 2009

Same As Arson...~

Tajuk yang tiada kena mengena.Hahaha...







Aku sudah tiada apa yang nak ditulis mengenai emosi aku.Kerana apa yang aku nak tulis semua ada disini..(click sini)

Mungkin pengalaman kami sama.Itu aku sendiri pun tak tahu..

Cuma apa yang aku tahu,setiap inci penulisan beliau sepadan dengan apa yang aku lalui...







Ermmm...






Aku agak gembira kebelakangan ini.Tiada masalah yang serius.Cuma duit saja yang tidak pernah cukup...


Hahaha....


Biasa la.Kuli kecik je bro....

Friday, April 17, 2009

Entri Kosong 2..~

Hari ini emosi aku agak stabil.Tiada rasa serabut.Tiada rasa marah.Tiada rasa benci...

Satu perkembangan yang baik.Dan aku masih menunggu jawapan dari Jabatan Perangkaan mengenai permohonan kerja aku...

InsyaAllah kalau ada rezeki.Kerja aku akan beralih arah kepada kerja-kerja luar(mari kita jalan-jalan.hahaha...)

Wednesday, April 15, 2009

Ohh....

Semalam...

Aku di comment oleh kawan baik aku.Dia bertanya kenapa entri dalam blog aku ni sedih sangat.Aku sebenarnya tak ada jawapan untuk itu sebab semua yang aku tulis ini adalah ekpresi dan luahan perasaan aku.Dalam kehidupan sebenar....

**

Kepada Cik Farah..

Apa yang aku tulis semua ini adalah kehidupan aku.Yang sebenar...

Aku memerlukan satu medium untuk aku meluahkan segala-galanya.Walaupun aku mempunyai ramai kawan.Tapi mereka tetap manusia.Manusia yang tak sempurna seperti aku.Masih mempunyai masalah sendiri...

Aku tidak memerlukan simpati atau kasihan dari sesiapa,cuma kepada sesiapa yang membaca(kalau ada),baca lah untuk sekadar hiburan...

Kerana hidup aku ini tiada apa yang menarik...

Monday, April 13, 2009

Play The Life...

Yeah...

Itulah nasihat seorang kawan sebelum kami berpisah di kem PLKN..

Nasihat yang cukup memberangsangkan.Tapi itu sebelum aku kenal betapa perit liku-liku kehidupan.Sebelum aku tahu membelanjakan duit dari titik peluh aku.Sebelum aku tahu hidup tak akan selalu ceria....

Dan...

Sebelum aku kenal cinta..

Bukan niat aku untuk menulis tentang cinta.Tapi lebih kepada meluahkan perasaan yang aku sendiri tak paham...

**

Ibu aku pernah memarahi aku.Dia kata agakny kalau ayah masih hidup aku tidak begini.Mungkin aku masih belajar sekarang ini....Dan bukan kerana minat atau kepandaian aku.Tapi kerana terpaksa.Ya,ayah aku adalah antara orang yang aku paling geruni selain dari guru disiplin aku.(mungkin kau orang akan takut hanya dengan tengok muka ayah aku)..

Aku juga ada sedikit menyesal kerana perubahan diriku waktu itu.Selepas ayah meninggal dunia.Sedikit sebanyak aku terpengaruh dengan dunia luar kerana nasihat ibu 'kureng' mengengat bagi aku...

**

Cukup lah tentang masa lampau...

Aku sekarang tak pasti apa yang aku nak dalam hidup ini...

"Kau ni taktau ape yang ko bosan.Tu yang ko asyik mengeluh,tak tau nak wat ape,cepat bosan..."

Mungkin betul apa yang dia kata.Hidup tanpa duit mungkin menyusahkan.Tapi hidup tanpa arah tujuan dan matlamat lagi menyakitkan...

**

Aku amat memerlukan arah.Arah tujuan untuk aku terus kehadapan.Memang bunyi amat hipokrit tapi aku tengah mencuba untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.Sembahyang,doa,Al-Quran...

Friday, April 10, 2009

Entri Kosong..~

Damn...


Those feeling comes again.Thought that i've throw it up far away....


Arghhh...



What the F*ck....



Feell so....



Lonely


Lost


Useless

Depress






God,please help me....

Please...

Thursday, April 9, 2009

Sunday Morning....~

Hujan...

Rahmat dari tuhan..

Tapi kalau dah 2 jam tersadai dekat kedai makan sebab hujan.Ini lah Hasilnya....

Marvellous.Hampir nak bersawang jadinya..














Ishh.Kesian...

Kalau lah aku naik kereta masa tu.Mesti aku dah tido kat umah.(padan muke aku.padan muke korang juga.hahaha.......)..

Friday, April 3, 2009

Betul ker??

Ini adalah entri yg ke-61 aku...

Perghh.Betul ke?
Aku pun macam tak percaya aku sudah menulis 60 entri.Macam bukan aku.Hahaha...

Walau pun kebanyakan entri dalam blog ini menjurus kepada perasaan dan persekitaran aku,aku tetap berbangga ada juga yang sudi singgah dan membaca entri tanpa isi aku ini.(orang jawa kata...Sudi mampir.Eh,bukan mak lampir.MAMPIR = singgah.Hehehe..)

Banyak influence aku datang dari blogger-blogger yang "terkenal" seperti En.Dammit,Mr.Adha,SueAnnJoe,Fyn,En.Melayu Minimalis dan ramai lagi.(entah dieorang kenal @ perasan aku ke tak.Itu aku tak tahu)


Terima kasih kepada semua....

Have a nice day from BoBo D'Jibbs Richards

Wednesday, April 1, 2009

Memori 1.~

Pernah dengar lagu dari band Good Charlotte??

Tidak??Tak mengapa.Aku tak suruh kau orang dengar cuma aku 'terserempak' dengan lagu ini ketika mencari lagu di laman 4shared.

Lagu ini mengingatkan aku kepada memori-memori silam aku.Zaman kejatuhan aku dahulu.Lagu ini tidak secara langsung memberi aku semangat untuk tidak putus asa terhadap kehidupan...Walaupun banyak lagi semangat aku datang dari kawan-kawan,keluarga dan bekas teman wanitaku...




Ingat lah.Setiap kesusahan dan masalah ada penyelesaian nya.Semua terpulang kepada diri kita sendiri...

.: The Lust