Wednesday, January 21, 2009

Alhamdulillah...~

Mungkin tidak semua orang terasa bahang dari kejatuhan ekonomi global.Tapi bagi pekerja kelas bawahan seperti aku,ini merupakan cabaran paling getir untuk meneruskan hidup dalam arus kehidupan yang makin mencabar.

Pada masa sekarang semua benda memerlukan duit.Sini duit,sana duit.Semua kena duit.Dan kelmarin aku terbaca dalam akhbar mungkin selepas Tahun Baru Cina,200,000 pekerja dari pelbagai sektor akan diberhentikan kerja..

Bagi aku yang masih bujang ini,cuma aku seorang yang menanggung beban.Tetapi bagi mereka-mereka yang sudah mempunyai family,ini adalah saat dimana semua perkara teruji.Kesabaran,kesetiaan,jatidiri....

Dan bagi aku pula,aku bersyukur kerana tuhan masih sayangkan aku dan masih memberi rezeki kepada hamba-Nya yang kecil ini...

Memang betul....

Kalau nak diikutkan memang tak cukup tapi atleast ku bersyukur kerana tidak diberhentikan kerja...




**




Aku berhasrat untuk menyambung pelajaran tapi kadang-kadang tak yakin pada diri sendiri.Boleh ke aku ni belajar.Otak sebelah dah beku...

Dan bila aku bercerita kepada kawan-kawan.Ada yang sokong dan ada pula yang bagi komen macam s*al...

"Ah ko ni,dah tua-tua baru nak sambung belajar.Ape la....Otak pun dah tak center.."

"Ermmm...Ok la tu.Jangan hangat-hangat tahi ayam je sudah la..."

"Boleh ke??"

"Ngape??..Ko study 3 tahun.time tu membe semua dah naik subaru,caldina.Ko baru nak cari kerja...Hahaha,pae la..."

Dan macam-macam lagi...



Tak pe la.Mungkin tu cabaran buat aku....

Aku nak sambung belajar bukan sebab apa,cuma aku nak buat sesuatu yang bermakna dalam hidup aku.

Dan aku rasa 23 tahun kehidupan aku ini,masih tiada apa-apa yang boleh dibanggakan...

Tuesday, January 20, 2009

Hari ini hari aku...

Ahad...

Hari yang paling 'seronok' bagi aku...

'Kuda' tungangan aku buat hal...


Isk2....Duit lagi...



Tapi kata mak aku itu semua dugaan.Tuhan saja nak 'test' aku....


Ermmm.ok..





**


Isnin..


First time dalam hidup aku...

Aku kena kencing dengan kucing...

Kurang hajar!!!....Tengah seronok aku bersembang dengan Lelaki Tua Bergaya dan Si Myvi P1 Racing,tiba-tiba aku dihujani oleh air yang hangat itu...

Sungguh menyirap hati aku..

Nasib baik lah kucing itu bunting.Kalau tidak,dah lama aku pijak binatang itu macam aku pijak puntung rokok..

Cish...

Tiba-tiba Joe kupu-kupu datang menyertai persidangan meja bulat kitaorang."ini kalau mintak nombor mesti ong ni",Kata Joe Kupu-kupu...

Kepala hotak hang!!!..


Aku kata...

Siot punya kucing.




**



Mengomel sendirian...


**

Ermmm..


That why I've never been a 'animal lover'....

Tuesday, January 13, 2009

LOVE = A New Fashion Of Death..

Ermmm...ini bukan entri pasal cinta ok..



Just nak layan kepala aku ni.Pening...Tak bersemangat...

Masalah??memang banyak...Duit,family,cinta dan lagi sekali duit...

Sampaikan aku tak tahu nak selesaikan yang mana 1.Lagipun dengan keadaan ekonomi sekarang memang aku rasa effect nya.Sebagai seorang pekerja kelas pertengahan.

Tapi orang kata orang gila saja yang tak ada problem..

Cehh....


**

Aku dah jadi semakin negatif.Yup....Negatif thinker.And some says "LOSER"..

Ermmm...

Entah la.Cuma sekarang aku berharap doa aku akan didengari tuhan...


**

Kadang-kadang aku berharap aku dilahirkan sebagai orang lain....

Tapi whats the point.Everyone has their own problem..



Tapi aku benci perasan itu.Aku berharap aku dapat buang semuanya....

Burn Baby Burn....

2 hari paling 'semak' dalam hidup aku....

Dikelilingi dokumen-dokumen yang hendak di-file.Kalau la ikutkan darah mude aku ini,mungkin aku sudah bakar semua 'sampah' ini..

Sebab itu la dalam hati aku ade sedikit tidak suke bile tibe awal tahun.Sebab ini la....

Okla....

'That your job ok.Just do it'.kate senior aku...

Amboi.mentang-mentang la aku ini cume kuli saje.Esok bile aku sudah kaye siap la kau semua.Aku hambat sorang-sorang...(Ermmm,mungkin sebab itu lah Allah tak bagi banyak rezeki kat aku.Takut riak dan gile kuase...)

Sunday, January 11, 2009

Selangor dihati-Ku..~







Hush...Dan akhirnya Selangor'Red Giant'Darul ehsan mengamuk lagi...

Hahah...Aku pun dah lame tidak pergi ke stadium.Baru sabtu lepas aku berkesempatan untuk melihat pasukan Selangor beraksi.(sebelum ni bukan tidak ade mase,tapi sebab Selangor main macam org 'OKU')....

Dan melihat pada game itu,aku tengok ade juga lah peningkatan pada corak permainan mereka.Mungkin idea dan strategi K.Devan bersesuaian dengan player-player yang baru ini..

Tapi,aku mnasihatkan pada pemain-pemain Selangor supaya konsisten pada mutu permainan mereka.Bukan hanya pada 3-4 games.Lepas tu hampeh.Sebab ape,orang-orang melihat mereka seperti makan gaji bute.Mane taknye.Gaji Shukor Adan pada tahun lepas adalah RM18,000 sebulan.Gile Mat....Dan pada tahun ini gaji die akan diwarisi oleh Amri Yahyah sebagai seorang kapten pasukan..

Okla...Mungkin tahun ini ada juga la sinar harapan bagi penyokong-penyokong setia Merah Kuning untuk tengok Selangor dapat piala.Tapi....Hahaha.tengok jela.Malas nak ungkit yang lepas-lepas..

p/s : itu bukan gambar aku.itu gamba membe aku yang kemaruk nak beli jersey Selangor.Baru beli terus pakai.Wei,poyo la wei....

Friday, January 9, 2009

Kau Dan Aku...~

Dah cukup setahun kite bersama.Pahit,manis,susah,payah kite lalui.Kau xpernah tinggalkan aku walaupun sedetik...

Saat aku sedih,kau sentiase bersamaku.Dan juga saat-saat gembira kita bersama.Kau tak pernah hilang dari pandangan aku....

Aku takut kehilangan kau..

Benar..

Aku takut.Tersangat takut...

Kerana.....

Aku akan kene operation balik.Sakittt.....

Hehehe...Besi oh besi...dah setahun ko duduk dalam tangan aku ek.Ermmm...jangan risau.Aku tak akan biarkan kau keluar kerana aku takut sakit.Gile mat...Sakit gile tu operation ni.Paling sakit antara semua kesakitan yang pernah aku lalui..

Hehehe...

Wednesday, January 7, 2009

Song of the day..~

Hujan - Jiwa Kelajuan

1,2,3 lets go
Kucaraku dengan sepi
Kencang sangat kata hati
Yang tinggi semua ku junjung
Insan lama tak terkunjung

Chorus(x2)
Definisi ku tetap sama dengan kelajuan
Tidak ku kentar kerna bagiku ini masa depan
Tiada penghalang bagiku dan matlamat ku hanya satu
Sentiasa bersedia kemenangan pasti milik kita

Jelmaan kabus disambut
Sorak semuaku kagum
Jangan rebah saat ia mundur
Teruskan langkah mara kedepan lalu ku rempuhhh

Chorus
Definisi ku tetap sama dengan kelajuan
Tidak ku kentar kerna bagiku ini masa depan
Tiada penghalang bagiku dan matlamat ku hanya satu
Sentiasa bersedia kemenangan pasti milik kita

Definisi ku tetap sama dengan kelajuan
Tidak ku kentar kerna bagiku ini masa depan
Tiada penghalang bagiku dan matlamat ku hanya satu
Sentiasa bersedia……..


Monday, January 5, 2009

Semangat Baru..~




Aku sudah menjadi ahli Hotlinks.hahaha...

Sudah lama aku tidak tukar nombor telefon aku.Dulu aku buat begitu macam tukar baju.Kes boring....

Lagipun aku sudah mendapat 'semangat baru'.Gile mat....

"Sanggup ko ye".itulah yang kawan aku cakap...

Wei,peduli ape.Duit aku la....

.: The Lust