Wednesday, January 21, 2009

Alhamdulillah...~

Mungkin tidak semua orang terasa bahang dari kejatuhan ekonomi global.Tapi bagi pekerja kelas bawahan seperti aku,ini merupakan cabaran paling getir untuk meneruskan hidup dalam arus kehidupan yang makin mencabar.

Pada masa sekarang semua benda memerlukan duit.Sini duit,sana duit.Semua kena duit.Dan kelmarin aku terbaca dalam akhbar mungkin selepas Tahun Baru Cina,200,000 pekerja dari pelbagai sektor akan diberhentikan kerja..

Bagi aku yang masih bujang ini,cuma aku seorang yang menanggung beban.Tetapi bagi mereka-mereka yang sudah mempunyai family,ini adalah saat dimana semua perkara teruji.Kesabaran,kesetiaan,jatidiri....

Dan bagi aku pula,aku bersyukur kerana tuhan masih sayangkan aku dan masih memberi rezeki kepada hamba-Nya yang kecil ini...

Memang betul....

Kalau nak diikutkan memang tak cukup tapi atleast ku bersyukur kerana tidak diberhentikan kerja...




**




Aku berhasrat untuk menyambung pelajaran tapi kadang-kadang tak yakin pada diri sendiri.Boleh ke aku ni belajar.Otak sebelah dah beku...

Dan bila aku bercerita kepada kawan-kawan.Ada yang sokong dan ada pula yang bagi komen macam s*al...

"Ah ko ni,dah tua-tua baru nak sambung belajar.Ape la....Otak pun dah tak center.."

"Ermmm...Ok la tu.Jangan hangat-hangat tahi ayam je sudah la..."

"Boleh ke??"

"Ngape??..Ko study 3 tahun.time tu membe semua dah naik subaru,caldina.Ko baru nak cari kerja...Hahaha,pae la..."

Dan macam-macam lagi...



Tak pe la.Mungkin tu cabaran buat aku....

Aku nak sambung belajar bukan sebab apa,cuma aku nak buat sesuatu yang bermakna dalam hidup aku.

Dan aku rasa 23 tahun kehidupan aku ini,masih tiada apa-apa yang boleh dibanggakan...

2 comments:

FADHIL_SHUKOR said...

rilek bro..
muhasabah diri..
percayer pada diri..

yaken boleh!
huhuhu..
:)

Dammit said...

ilmu ni kekal sampai akhirat, tak kesah pun cepat ke lambat, nanti berguna jgk. er aku tak sedar diri. haha. goodluck!

.: The Lust