Berat aku sekarang sudah mencapai 81 kg.Hahaha.Bapak gajah..
Aku sendiri tak tahu kenapa berat aku naik mendadak.Err,tak lah mendadak sangat memandangkan berat aku sebelum ni 75 kg.Bahagian yang paling naik ialah perut.Yang sekarang hampir menyerupai perempuan mengandung 3 bulan.Sexy woo.Macam s*al...
Ciss..
Dan buat pertama kalinya aku pergi ke pharmacy untuk bertanyakan tentang pil tahan lapar.Nasib baik pil tu tengah tak ada stok...Lawak??gelak la puas-puas...Aku memang nak kurus la.Damn....
Sekarang hampir 1/3 dari koleksi seluar aku sudah ketat.(Mungkin mak aku salah jemur kot.Seluar tu jadi kecut..).Dan ia menjadikan aku antara orang yang paling sexy dimuka bumi.Mungkin hampir menyerupai J.Lo ataupun Inul....
Argh,Macam mana nak kurus ni baiii....
Untuk sesiapa yang ada tips-tips untuk menguruskan badan secara efektif,sila lah hubungi aku dengan segera.
p/s : Tajuk di atas tiada kena mengena dengan aku ataupun sesiapa.Cuma aku nak bagu tahu.Kalau perempuan mengandung nampak sexy,kenapa lelaki buncit tidak??ini sudah dipanggil diskriminasi...hahahaha...