Tuesday, March 10, 2009

D . E . A . T . H....

Kelmarin adik kepada kakak ipar aku telah kembali ke rahmatullah.Takziah kepada seluruh keluarganya...


Mengikut cerita dari ibuku,Allahyarham meniggal semasa tidur.Ini mengejutkan seluruh keluarga dan khususnya sahabat beliau kerana sebelum itu beliau sempat makan malam bersama mereka..


Ya,ajal dan maut ditangan Allah Yang Maha Esa...


Ia datang tanpa mengenal waktu,tempat dan keadaan.....




**


Baru 2 hari sebelum kejadian aku ke kubur menemankan sahabat ku memasang nisan di kubur(kawan aku bisnes batu nisan la bai..)..

Memang tanah perkuburan diangggap mistik dan menakutkan.Tapi bagi aku,ia tempat yang sesuai untuk manusia memikirkan perjalanan hidup sekarang dan masa depan...

Disana memang tenang,sunyi dan kadang-kadang menakutkan...


Dan...
Kini aku semakin memikirkan tentang kematian dan maut ini..



Bila ia akan datang?



Bagaimana ia datang?



Dimana ia datang?


Semua itu masih menjadi persoalan bagi yang hidup...
Tapi yang pasti...
Ia akan datang,suatu hari nanti..





*Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman.Aminn....

No comments:

.: The Lust