Yeah...
Itulah nasihat seorang kawan sebelum kami berpisah di kem PLKN..
Nasihat yang cukup memberangsangkan.Tapi itu sebelum aku kenal betapa perit liku-liku kehidupan.Sebelum aku tahu membelanjakan duit dari titik peluh aku.Sebelum aku tahu hidup tak akan selalu ceria....
Dan...
Sebelum aku kenal cinta..
Bukan niat aku untuk menulis tentang cinta.Tapi lebih kepada meluahkan perasaan yang aku sendiri tak paham...
**
Ibu aku pernah memarahi aku.Dia kata agakny kalau ayah masih hidup aku tidak begini.Mungkin aku masih belajar sekarang ini....Dan bukan kerana minat atau kepandaian aku.Tapi kerana terpaksa.Ya,ayah aku adalah antara orang yang aku paling geruni selain dari guru disiplin aku.(mungkin kau orang akan takut hanya dengan tengok muka ayah aku)..
Aku juga ada sedikit menyesal kerana perubahan diriku waktu itu.Selepas ayah meninggal dunia.Sedikit sebanyak aku terpengaruh dengan dunia luar kerana nasihat ibu 'kureng' mengengat bagi aku...
**
Cukup lah tentang masa lampau...
Aku sekarang tak pasti apa yang aku nak dalam hidup ini...
"Kau ni taktau ape yang ko bosan.Tu yang ko asyik mengeluh,tak tau nak wat ape,cepat bosan..."
Mungkin betul apa yang dia kata.Hidup tanpa duit mungkin menyusahkan.Tapi hidup tanpa arah tujuan dan matlamat lagi menyakitkan...
**
Aku amat memerlukan arah.Arah tujuan untuk aku terus kehadapan.Memang bunyi amat hipokrit tapi aku tengah mencuba untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.Sembahyang,doa,Al-Quran...
1 comment:
betol2.
ak pon mghadapi krisis sedikit sebanyak spt ko.
tabahkn ati,cekalkn jiwa.
ngeeee
Post a Comment