Sunday, May 31, 2009

Panorama Hidup 1..~









Aktiviti melarikan diri dari 'rewang' kat kenduri kahwin rumah sepupu aku.Hehehe...sorry la bro...

Dan semalam 'kami' terserempak dengan ramai kenalan..

Cish!!..kantoi siot...



p/s : sori la bro,aku ade date la.tak kan nak ajak ko kot.Ape barang....

Friday, May 29, 2009

Jangan Dikenang Lagi...~




Hari-hari yang suram untuk pengikut "Syaitan Merah"...

Wednesday, May 27, 2009

Entri Kosong 3..~

Kadang-kadang kita aku tak paham kenapa hidup aku menjadi semakin bosan.Lebih-lebih lagi bab kerja.Arghhhh....Entah la.Mungkin memang nasib orang makan gaji kot.Jadi kuli batak...

Aku cuba nak jadi macam ibu aku.Hidup dengan senyuman.Walaupun betapa tinggi ombak dan badai masalah melanda,dia tetap tersenyum..




**



2-3 kerja yang aku apply tiada balasan.Agak stress,tapi mungkin tak ada rezeki aku kira.Tak apa.Cuba lagi...




**




Errr...dapat info terbaru.Dari blog yang aku baru temui.Sila click sini.

Hahaha..macam siot ja entri dia nih.Walaupun tak sempat nak baca semua..



p/s : sesiapa yang ada kaki kat Balai trafik sila hubungi aku.Aku nak bayar saman...

Monday, May 25, 2009

Untuk Peminat Chelsea,Liverpool & Arsenal...~





Hahahaha.eat that man...

Semalam berakhirya EPL secara rasminya.3 pasukan telah tersingkir ke Divisyen 1.Hull city,West Bromwith Albion dan juga pasukan yang pernah aku sokong,Newcastle United...

Tapi yang paling penting Mu still juara.Tiada tolok bandingan.Hahahaha....

Lepas ni Mu akan pulun Champion League pula.Untuk Barcelona,kiranya tunggu saja untuk kena dengan MU ni....


Glory-glory Manchester United.Ooooooo...(menyanyi dengan gembira sambil ber'shuffle'..)

Wednesday, May 20, 2009

Cinta Itu Ketawa Dan Airmata..~

Semalam sampai saja aku kat rumah ibu kata ada surat untuk aku.Aku pun tengok lah sambil makan nasi(lapo beb,ibu masak lauk sedap pulak tu....)Nampak macam jemputan kenduri kahwin...

Dan...

Memang benar sangkaan aku.Cuma,ia datang dari seseorang yang aku tak sangka.Seorang perempuan,yang aku pernah panggil 'sayang' lama dahulu.Aku terkedu...Makanan dalam pinggan tu terus aku tak jamah...


Aku termenung....


Otak aku tiba-tiba teringat saat-saat indah dahulu.Dan aku rasa cukup singkat masa berlalu.Dia mahu membina masjid dengan jejaka pilihan nya.Mungkin sudah sampai seru rasanya..

Aku rasa tak puas hati.Aku terus menelefon tuan punya badan...

"Betul ke awak nak kahwin?".

"Yup,betul...Kenape?"

"Owh.saje nak confirmkan...Bakal pengantin orang mane?."

"Orang Kuala Selangor.Umur 29 tahun.."

"Dah lame kenal??."

"Tak lama sangat,maybe setahun kot..."..

Aku senyap...

"Datang la nanti..".dia bersuara..

"Rasanya tak kot..."...

"Eh,knpe?.".

"Nanti kalau datang jadi sakit.Tengok awak bersanding dengan orang lain..".

Dia senyap...

" 'We' was a history.Just forget me.Sure you will find some one better..".dia kata..

"i know that.But,for me just we had so much memory together.And you know what.i still love you.Either we are togther or not....."

"Please...Don't say that...For me.We trought.I'll hope you will find someone better.That understand you.And please....Don't dissappoint anyone...".

"Ok,wish you gudluck with your married.Hope you live happily with him..."






**





"Don't dissappoint anyone"..

Kata-kata yang cukup menusuk kalbu aku...

I know i'm not a good boyfriend.And everything problem we had are from me...

For sure...


But my love are real...

That...

For sure too...







p/s : tajuk diambil dari lagu kumpulan Lestari.Band rock kapak 80'an.(lagu karaoke Jum KP..)

Tuesday, May 19, 2009

Takpe Lah Makcik..Dah Nasib....

Aku ini bukan lah dikategorikan sebagai hensem tapi orang kata sedap mata memandang lah.Tapi orang yang tak kenal aku mesti akan cakap aku ni macam mat pit.Bukan sebab aku ni kurus(eh,dulu memang aku kurus pe..)tapi sebab mata aku.Orang kata mata stim,mata kuyu...


Dulu semasa aku kerja kat Giant Shah Alam,selalu aku kena tegur.Customer semua cakap aku muka mengantuk lah,tak cukup tido lah.Tapi yang aku hangin satu badan ada juga yang tegur cakap aku ni tak mandi.Ingat Ibu aku tak mampu bayar bil air ke.Apa la...


Ada sekali tu aku masuk shift aku(walaupun aku ni selalu tukat shift ikut suka nenek aku..)dengan semangat yang maha tinggi.Sampai kat kaunter aku relax la kejap.Tiba-tiba ada makcik tu datang kat kaunter aku.Dia tegur aku...


"Ish-ish.Penat keje ye nak,mengantuk ye...pergi la rehat dulu"....

Aku tanya la balik."Eh,tak la makcik.Saya baru masuk keje ni...Kenapa makcik cakap camtu?".

"Tengok mata anak ni kuyu je.Macam mengantuk....".

"Errr...memang mata saya macam ni la makcik.Dari dulu dah cmni..".

"Owh...Yeke??makcik tak tau pulak.."..



Sedih aku.Terus aku g\pergi tandas basuh muka aku.Tapi lepas tu aku tanya kat member aku.Ada kelainan tak.Dia kata sama je.Ish-ish....


Ermmmm...Takpe lah makcik,Dah nasib badan.Kuyu pun kuyu lah..


Janji rock...

Saturday, May 16, 2009

Hari Ini Dalam Ke'Suwey'an..~


*Gambar ihsan dari blog Hati Suka


Gambar ini ditujukan untuk bos-bos aku yang paling 'memahami' pekerja mereka.Mereka memang bos yang paling 'baik'.Patut diberikan anugerah...

Macam sial....

&%^$^&*)((*%%%E#@#%^%$&*($@#@##%%*&*)!!!!!!!!!



p/s : Ini adalah carutan tahap dewa.Sesiapa yang tak paham di minta hubungi aku...

Thursday, May 14, 2009

Entri Hari Ibu...

"Pergi lah apply kat MAIS,mana lah tau boleh dapt kerja tu.."
Kakak aku berbunyi...

"Entah.Cakap gaji tak cukup.Try la..."
kata ibu...

"Tak nak la.Kang kena pakai serban.Kawan kata time interview kena azan ngan mengaji.."
Aku membalas..

"Eh,bagus lah tu.Ilang sikit setan-setan dalam kepala ko tu..."
Ibu mulakan hujah-hujah pedasnya..

Ok.Stop...


"ok-ok...Nanti aku isi borang tu.."
kata aku.Tak sanggup aku dengar hujah pedasnya.Confirm cair taik telinga aku...





Memang lah aku agak kecewa sebab tak dapat kerja runner tu.Tapi untuk aku apply kerja kat Mais.Ohh..Tidak.....Ini kalau aku dapat interview ni.Mahu aku jadi ustaz.Bukan lah aku ni memilih kerja tapi kerja kat Mais.Majlis Agama Islam Selangor tuuuuu...

Masuk office dia pun agaknya aku dah panas.Inikan pula kerja kat situ..

Tapi akhirnya aku isi juga form tu.Ibu siap minta surat sokongan lagi.Ibu yang minta.Berkat tu.....

Harap-harap tak dapa kerja tu.Bukan aku nak sangat pun..

Saja jaga hati ibu.



Selamat Hari Ibu....Hehehehe....





p/s : Entri yang lambat di post.Tahap dewa kemalasan dan dewa beku otak sedang melanda..

Friday, May 8, 2009

Ini Bukan Cobaan,Ini Betul-Betul....~

3-4 hari ini aku tengok semua sibuk cakap pasal bola.Pasal Champion League lah...

Terus terang aku cakap aku ni memang tak main bola sepak.tapi aku minat tengok bola sepak kat televisyen atau di stadium.(mungkin sebab tulang aku sudah reput..)


Aku baca entri pasal bola kat blog.Memang best,macam-macam ada.Tapi apa pun,tahniah kepada Manchester United dan juga Barcelona sebab berjaya masuk final.

Orang kata MU lawan Arsenal macam lawan pasukan divisyen 2.Orang kata Chelsea yang sepatutnya menang,bukan Barcelona.Macam-macam orang kata.Hahaha....Tapi,sebenarnya semua itu bergantung pada nasib.Sehebat tahap dewa mana pun sebuah pasukan itu,tanpa nasib mereka tak boleh menang juga.Itu aku punya persepsi lah.....



Dan...

Final Champion League ini bakal menemukan 2 pasukan terbaik liga Eropah...


Manchester "The Red Devil" United lawan Barcelona "The Catalan" FC.Siapakah yang akan menjadi juara...


Eh,mesti lah Manchester United.Aku sokong dieorang ape.Hahaha....




p/s : simpati kepada peminat Chelsea.Tak pe,tahun depan ada lagi.(Untuk peminat Liverpool.Tak payah nak berangan.EPL confirm MU punye...Hahahah,Bodoh punye Linkinpark.)

.: The Lust