Tuesday, September 8, 2009

.: Kalau Anda Bosan Jangan Baca Ini.Kemungkinan Mengantuk Amat tinggi..!

Semalam kami pergi menjolok lagi.Dan diikuti dengan aktiviti mencari pelincir dan melepak sehingga sahur...





**





Seorang rakan aku berkata yang hidup beliau penuh dengan jalan mati.Kerja saling berganti walaupun pada mulanya kerja itu ok katanya..Sekarang dia sedang mengikuti kursus PNB(agaknya la.Aku tak tau eja..)untuk berbisnes.Dan sekarang pun dia merasa takut untuk buat bisnes.Takut tak jadi katanya..

Aku memang agak simpati dengan dia.Diploma ada,sijil komputer tu ada,ini ada,Cuma luck saja yang kurang sikit.Dengan plan masa depannya yang masih banyak yang tertangguh,dia jadi sedikit tertekan....

Kahwin,kereta,rumah....tipikal lelaki bujang masa sekarang..

Aku sebagai kawan cuma berharap dia akan dapat mencapai kejayaan...




**





Masa depan...

Satu perkara yang jarang sekali aku fikirkan.Kecuali bila bersama rakan-rakan..Aku pun tak tahu kenapa.Yang aku tahu aku cuma nak hidup dalam masa sekarang.Bukan semalam,bukan esok..

Tapi,itu membuatkan aku agak lemah dan kurang daya saing(memetik kata-kata bos aku..).Aku ada cuba untuk memikirkan masa depan dan membuat plan2 tertentu,Dan macam biasa.Ia akan berakhir samaada dengan tragedi atau kekecewaaan...




"What's the deal with my brain?
Why am I so obviously insane?
In a perfect situation
I let love down the drain.
There's the pitch, slow and straight.
All I have to do is swing
and I'm a hero, but I'm a zero."

Perfect Situation - Weezer

No comments:

.: The Lust