Thursday, January 28, 2010

.: Antara Brokoli dan Bront Palaree...

Tajuk yang tak ada kena mengena...




Hari Rabu kelmarin pergi klinik.Makin teruk batuk aku ni...Syak macam h1n1....

Sampai klinik doktor tu punya la suruh tarik nafas,macam nak menyelam pun ada.Dia suruh pusing sini,pusing sana...


Last2 dia cakap aku disyaki ada Bronkitis.Aku dengan muka konfiden mengangguk macam paham..Aku tanya bahaya ke tak benda alah tu..dia kata tak sangat....

Ermmm,ok la tu..kot...



Pagi tadi aku try google pasal bronkitis ni.Sekali dapat ini...

Apakah itu bronkitis?
Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis.

  • Bronkitis akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu).
  • Bronkitis kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih).

Agak seram jugak la pasal ada sangkut paut dengan paru-paru...


Ish2...lepas ni dah tak boleh lepak semeja dengan kutu-kutu simpang berantai la.Pasal semua taik rokok...

Friday, January 22, 2010

.: Persoalan Hati....Mungkin..

Mungkin hati aku memang milik dia....


Mungkin....


Tapi mulut ini tak terucap kata-kata "itu"....

Tuesday, January 12, 2010

.: Seniorita...

"Kau ni macam mana buat kerja.Boleh buat ke tak ni?."..

"Err..Boleh saja.".aku jawab...


Ironinya yang sound aku itu adalah opismate aku yang baru 2 hari masuk kerja...

Mak Aiiihhh.Ligat sungguh dia bersuara.

Nasib baik perempuan dan mungkin bini orang.Kalau tak dah lama aku lempang dengan selipar arab bawah meja aku nih...



Demm.....

Friday, January 8, 2010

.: destiny....or fate..

.: Baru berapa hari masuk tahun baru dah buat perangai.Macam cilaka...

.: Sedih dengar cerita 4 sekeluarga mati dibunuh tu...

.: Member aku kata aku tak laku pasal dah 2 tahun aku single.SOrang lagi kata aku lambat bertindak.Sorang lagi kata aku tak keluar dari kelompok aku.Malas...

.: Tengah cari apa kelebihan aku.Yang boleh buat duit..

.: Mak aku suruh ambik kereta.Tapi dia kata jangan ambik kereta kecik2.Sempit.Cehh..demand...

.: Kerja,kerja,kerja...

.: Bos besar suruh aku ubah perangai.Disiplin pasal masa(padahal die dtg tengahari)...

.: Berat naik 2 kg...bapak besau....cube teke sekarang berat aku berape??

.: Sesiapa perempuan yang boleh cerita kat aku pasal hati wanita,perihal perempuan sila email aku.Makin tak paham aku pasal perempuan nih...





Ok la..sudah mau balik sudah.Hari ni tak nak main snooker.Aritu kalah 3 table.menang 2 je.Tak berbaloi...

.: Soalan Cepugangsa 4







Apa perbezaan mata kuyu dengan mata sepet??




Tuesday, January 5, 2010

.: Lalala...Kerja...

Gua ingat gua bersendirian dalam usaha meluaskan ideologi pasal kerja ni.Rupanya brader pipi pun sama dengan gua...

Memetik kata-kata beliau..

"Selari dengan perancangan gua itu, tahun 2010 ni gua memang tak kerja. Gua dah bosan kerja. Dah berapa tahun gua kerja. Satu Ferarri pun tak dapat. Kerja ni sebenarnya propaganda orang barat yang bertujuan untuk melemahkan mental dan fizikal orang melayu. Selepas itu mereka bina Disneyland untuk berseronok. Orang Jepun pula mencipta kerja dan menyebarkan bagi mengaut keuntungan dari orang negara dunia ketiga macam kita melalui penjualan jam loceng. Gua tahu, tak ramai yang sedar perkara ni. Ini disebabkan orang barat, orang Jepun, orang benua Amerika awal-awal lagi dah mencipta TV. Kemudian mereka meletakkan pula ejen mereka di seluruh dunia untuk menghasilkan peraduan menyanyi. Satu konspirasi yang sangat besar"...



Untuk itu..gua akan terus berusaha agak pendapat kami akan diterima umum....



Sekian....

Sunday, January 3, 2010

.: Pencarian Header Cool 2010

Sesiapa ada idea untuk menukar corak header blog ini amat dialu-alukan untuk menyumbangkannya kepada saya di email yang tertera disebelah..




Sesungguhnya pemilik blog ini amat ketandusan dan ketumpulan idea...








Hadiah??

Tak ada...

Kaki aku ada la...Nak??

.: The Lust