Gua ingat gua bersendirian dalam usaha meluaskan ideologi pasal kerja ni.Rupanya brader pipi pun sama dengan gua...
Memetik kata-kata beliau..
"Selari dengan perancangan gua itu, tahun 2010 ni gua memang tak kerja. Gua dah bosan kerja. Dah berapa tahun gua kerja. Satu Ferarri pun tak dapat. Kerja ni sebenarnya propaganda orang barat yang bertujuan untuk melemahkan mental dan fizikal orang melayu. Selepas itu mereka bina Disneyland untuk berseronok. Orang Jepun pula mencipta kerja dan menyebarkan bagi mengaut keuntungan dari orang negara dunia ketiga macam kita melalui penjualan jam loceng. Gua tahu, tak ramai yang sedar perkara ni. Ini disebabkan orang barat, orang Jepun, orang benua Amerika awal-awal lagi dah mencipta TV. Kemudian mereka meletakkan pula ejen mereka di seluruh dunia untuk menghasilkan peraduan menyanyi. Satu konspirasi yang sangat besar"...
Untuk itu..gua akan terus berusaha agak pendapat kami akan diterima umum....
Sekian....
No comments:
Post a Comment