Friday, December 24, 2010

.: 37th [ Revolution Of A Resolution]

Tak sampai 2 minggu lagi masuk tahun baru..
2011…

Seperti biasa,rasa 2010 cepat sangat berlalu.Rasanya baru haritu saja aku perlu berpoya-poya sambut new year.Anyway,kehidupan 2010 tak lah teruk sangat.Nice-nice la orang kata.Cuma ada certain things yang perlukan sedikit adjustment..

2011’s resolution??..no need lah…aku sudah berhenti buat azam sejak aku tahu hidup tak semudah apa yang kita sangka.Dan apa yang kita perlukan cuma moral,semangat tak mudah mengalah dan sedikit impian untuk terus kedepan dan berjaya..
Ok..Untuk berjaya mungkin jauh lagi bagi aku tapi atleast I’am in the right path….

Cuma,aku harap aku dapat simpan duit tahun 2011 ni.(It’s not a resolution,it’s compulsory.ok!!..)



For all blogger’s friend..
Happy New Year 2011 and Happy Holidays!!!

Thursday, December 23, 2010

.: 36th [ Soalan Hari Ini & Hari-hari Selepas Hari Ini ]




Soalan feveret hari ini/setiap hari bekerja
- "bila kau nak kahwin?".
- "Lame lagi ke kiteorang nak rasa nasi mingak kau ni?".

Kekerapan pertanyaan(untuk hari ini saja)
- 10 kali

Reaksi aku untuk setiap kali pertanyaan(mengikut mood)
- Marah - Apahal?kau nak sponsor aku kahwin ke?
- Steady – Blum sampai seru la
- Malas – Ermmm…esok kot…



Menikut tilikan aku,soalan ini akan berterusan sehingga aku nak pelamin dan aku sendiri tak tau bila...

Friday, December 17, 2010

Tuesday, December 7, 2010

.: 33th [ New Born Soul ]











Semalam..
Melawat seorang rakan yang baru dapat baby.
Baby boy.
Comel dan gebu..
Akif Rezani..
Cuma,kami semua yang masih bujang.
Terpaku,terharu..
Melihat anak kepada rakan..
Yang dulunya sama-sama merempit.
Yang dulunya sama-sama mengurat awek..
Yang dulunya sama-sama buat bermacam benda gila.
Masa berlalu begitu pantas..

Ohhh…
Mungkin sudah sampai masanya…



Friday, December 3, 2010

.: 32th





"Still got something left to prove. It tends to keep
things movin. While everyone around me says my last
days are looming overhead but just what the hell do
they think they know?"

Thursday, November 25, 2010

3dayofmisery [ Ala-ala 69dayofstatic ]




3 hari...


Yang memeritkan…
Yang menyesakkan…
Yang memedihkan…
Yang memeningkan..




3 hari menunggu gaji….




*money..money…ba..ba..ba…(lagu Poetic Ammo…)


Tuesday, November 23, 2010

.: 31th [ Insanity In This Rotten World]




Thing that keep me insane nowadays..

1. Manchester United
    - "Once a RED DEVILs always a RED DEVILs"..
2. My Bed
    - I’ve spend 60% of my life in bed
3. Coffee
    - from the famous Starbuck to Ipoh White Coffee to Kopi Jantan,Tongkat Ali Power Root
4. Comic books/Japanese Anime.
    - A little bit childish but who care..
5. My phone’s playlist…
    - 7gb from my phone are mp3…All type of song except the one that make my ear bleed.
6. my family and friend
    - I love them…
7. B
    - I love her….
8. thefarewellofsummerromance.blogspot,http://www.facebook.com/naqibmiller
    - ...........
9. Food….
    - Sometime…It become live to eat…

Beside all above,everything will simply make me f*ckp up every single minute..


Friday, November 12, 2010

.: Tumbuk Muka Kau





Bolehkah lelaki sepak perempuan tanpa di-anggap dayus??

Aku dah cukup sabar dan tahan.
Yes…you have your diploma and I’ve nothing.But it didn’t mean that you can do anything,bitch…

Aku cakap semua itu
Bukan untuk kau ikut cara kerja aku..
Bukan untuk kau follow serupa dalam WMS..
Tapi untuk kau berfikir macam mana mahu buat cara kerja kau sendiri..
Yang menyenangkan kau sendiri..
B*doh…
B*hlul..
B*bi…

Semua nak ikut cara kau.
Ingat company ni nenek bapak kau yang punya!!



**


2-3 entri bengang..
Maaf..
Agak stress dan moody

Friday, November 5, 2010





Why we’re blogging??

Untuk saja-saja ke,kes bosan ke,meluahkan perasaan atau terikut-ikut saja..
Untuk kes aku,
Semua diatas…

Aku bukan jenis suka menulis pun.Main-main ayat nih bukan jiwa sangat..
Tapi bila start baca blog eletricpopia,fynn jamal,Hilang Punca,Trankuiliti Tronoh(sekadar menebut beberapa contoh) dan all time favourite Ruangasing/Paranoia Semalam,juga Sokernet memandangkan aku peminat bola.Aku jadi addicted.
Untuk membaca dan juga menulis..
And aku bukan type yg menulis berita,mengulas isu semasa dan benda-benda isu semasa..
I’m just a man that fucking around and type what I want,when I want..

And when I accidently read this blog,aku cuma boleh senyum…
Dan terdetik dalam hati aku…



“Hell yeah,he’s a blog guru..”..




Wednesday, November 3, 2010

.: Hari Ini Hari Khamis



that's why i'm not cool..=)

Tuesday, November 2, 2010

Yang Ni Aku Terajang Perut Kau..

Selasa,
Buat kerja seorang saja.
Budak Baru @ Partner @ Haram jadah tak datang hari ini..
Kerja banyak sangat..
Kepala sudah pening,rasa nak sepak orang pun ada…
5.40 petang.
Semua orang sudah balik..

*tett…*tett …
Aku tengok hp..

“Bang,esok saya mc lagi.Demam tak kebah lagi ni..”..

Aku senyap….

*tett…*tett …
Hp aku bunyi lagi..

“bang,lupa nak pesan.Nanti tolong settlekan kerja saya ye..Tq..”.

Aku terus pergi meja dia.
Ambil air aku siram dekat keyboard pc dia..

Cilakeee…

Sunday, October 31, 2010

Aku Sepak Muka Kau 2..

Maher Zain..
Aku tak minat sangat..
Tapi dia memang bagi impak yang kuat…
Dalam lirik dan melodi lagu dia mungkin…
Kalau tidak..
Tak kan lah seorang kawan aku boleh pasang lagu Insha Allah,
sambil main snooker
Seorang lagi boleh hafal lagu For the Rest of My Life,
sedangkan semua playlist lagu dalam hp dia semua lagu berkisar tentang jeritan emosi patah hati dan straight edge..



Perghh….

Friday, October 29, 2010

Aku Sepak Muka Kau..





Jumaat malam Sabtu..
Cuti-Cuti Cinta..
Tengok berdua,midnight movie..
Dengan….
Tunang orang..
Tapi..
side lelaki lah..
Agak gay tapi apa ada hal…
Tengok Nora Danish punya pasal…
Hot habessss….


* macam tak percaya yang tu nasi lemak 50sen..ish-ish.Gila lah…

Thursday, October 28, 2010

.: 30th [ Mood Jiwang ]



“And I'm wishing that I could take your hand
And set you on some untouched land
Just so you are never sad again
And the world you have known will somehow end “

We The King’s Rain Falls Down



Untuk cik Amoi yang tengah jealous..

I will never hurt you babe...
Your mine and i'm yours...it's just simple as that...

Monday, October 25, 2010

.: Isnin..Lagi..



Hari ini hari isnin..
Dia,staff perempuan baru,genap seminggu dalam office ini.
Pagi tadi aku masuk kerja lambat…
Sampai office aku aku terus duduk kat table aku,tapi aku rasa lain macam saja..
Rupanya ada orang tukar kerusi aku..
Dan dia,yang baru seminggu masuk office ini dengan selamba cakap..
“eh,ini kerusi abang ye…ingat boleh tukar tadi,kerusi saya tak best la..”..
Aku diam dan terus buat muka relax..
Hari ini hari Isnin..
Hari banyak kerja,hari yang busy dan hectic..
Aku nak guna kalkulator..
Pandang kanan,pandang kiri.kalkulator aku sudah lesap..
aku jadi emo.angin lintang sudah datang …
‘woi,sapa ambik kalkulator aku?,pulangkan balikkkkkk…”..
Dan dia,yang baru seminggu masuk office ini…
“ni abang punya ker?,saya ingat boleh ambil tadi.letak kat situ macam tak guna saja.…”..
Aku tepuk dahi..
Aku istigfar sekejap…

“Ha’ah,barang-barang aku nih aku beli memang untuk kau guna.Aku memang dah tau kau nak datang kerja sini.Tu yang aku beli semua nih.Kalau nak bawak balik terus pun tak apa”.aku jerit sambil gigit kalkulator tu..

Friday, October 22, 2010

“Bangun pagi, termenung, mandi, sarapan, tergopoh-gapah mengejar punch card, kerja, makan, kerja lagi, pulang lewat petang, bersosial, makan lagi, termenung lagi, dan akhirnya sebelum tidur tertanya-tanya,

"Bila-lah aku mahu tenteram?"

"Bila-lah aku akan dapat tenang?" dan,

"Sampai bila-kah aku akan terus berhidup dalam begitu-begini?"

Menjadi rutin untuk 10, 20, 30 tahun? Atau biar-kan sahaja jiwa ter-khayal dalam pelukan materialis yang langsung tak di-pandang Tuhan walau sebelah kepak nyamuk ini, untuk sepanjang nyawa berlingkar di dalam jasad?”




diambil dari sini






Apa yang aku perlukan sebenarnya untuk terus menghadapi dunia ini?






Tuesday, October 19, 2010

.: 29th [ Ignorance ]






"I'm sitting on my bed and i wonder what will it take for u to call me?"





 **


The Rosenberg's Birds Of A Feather

Monday, October 18, 2010

.: 28th [ Blues Over Monday ]

Hari ini hari isnin..
Hari permulaan minggu.
Hari malas bekerja..
Hari cuti emergency..
Hari MC..

Dan hari untuk balik awal…



Bye semua…

Thursday, October 14, 2010

.: 27th [ May God Bless You ]

Takziah kepada waris-waris kemalangan maut Kilometer 223 Lebuh Raya Utara Selatan di antara Hentian Pedas-Linggi dan Tol Plaza Simpang Ampat..



Al-Fatihah…..

Wednesday, October 13, 2010

.: 26th [YOU]

Being friend and lovers.Are two different thing,different emotion,different perception even different conversation..

Perkara yang makin awkward ..

Semalam,we’ve a little fight.Dan mungkin kalau nak diikutkan bukan lah satu fight yang sebenar.Lebih kepada salah faham.Mungkin sebab kami berdua mempunyai perangai yang hampir sama.Degil dan tak mahu mengalah..
Aku pula bukan lah jenis yang akan meminta maaf sebab aku agak teruk dalam meng-expressi-kan perasaan-perasaan jantan ni.Serius aku gagal…


Dan untuk awak,ini saja yang boleh saya buat untuk awak.

Saya minta maaf pasal semalam
Saya sayang awak sangat-sangat.


Mungkin tidak cukup art atau deep,tapi it’s truly from my heart..







Dan semalam juga aku dapat tahu yang aku ini bukan jenis yang kau boleh kenalkan kepada kawan kau untuk jadi pakwe.Macam cilake...

.: 25th



"ku tak melihat kau membawa tenang
yang kau janjikan
kau bawa debu bertebar di beranda
berair mata.."





Efek Rumah Kaca's Lagu Kesepian

Tuesday, October 12, 2010

.: 24th [Wrath On Tuesday]

Semenjak dua menjak ini…

Aku harap ungkapan “Customer is always right” tak pernah wujud…


Sebab ungkapan itu buat aku miserable..hell...






p/s : Sorry to say this but f*ck you b*tch.If you so proud that you work in Singapore,just remember where you came from.More "kampung" then i am...S*ckerrr.....

Friday, October 8, 2010

.: 23th [ Hari Ini Hari Sabtu]

Hari Sabtu..
Terpaksa kerja,rasa sungguh celaka.
Semalam balik rumah pukul 4 pagi,tak cukup tidur.
Rasa mahu lempang orang.
Tapi tak ada yang cari pasal.
Hari Sabtu..
Terpaksa kerja,tak apa..
Buat tambah rezeki hujung bulan..
Buat-buat muka ikhlas..


*tettt,tettt,tettt*…Bunyi sms masuk…
Apahal sampai 3 sms masuk skali ni..

“Apa barang Sabtu kerja.Tak style langsung.Meh la sarapan sini..”..Sms dari Lelaki Digi..

“Bangla pun pergi tengok wayang la hari Sabtu wei..”.Sms dari Mr.Goverment.

“Tidur sudah…”.Sms dari Sakir-dah.



B*bi!!!!!!!!!!....
Tutup computer.
Punch card…

Balik sudah…

.: 22th [ Kerna Esok Masih Ada]

"kalau jatuh.bangun lagi.
kerana.
esok masih ada.yang tunggu."



Diambil dari sini..

Thursday, October 7, 2010

.: 21th

Forrest Gump : "What's my destiny, Mama?".
Mrs.Gump : "You're gonna have to figure that out for yourself.".



- Forrest Gump(1994) -

Wednesday, October 6, 2010

.: 20th [Imejan Duniawi]

“You have to exercise a little bit la..Now,you look more fat..”..

Yes,it’strue…,and I don’t even give a damn about that..


Aku pernah untuk mencuba untuk berfesyen,look trendy and style ,jaga penampilan tapi… 

It’s so not me.Aku juga pernah nak turunkan berat badan supaya aku boleh pakai pakaian yang stylo-stylo.Tapi rasanya kurang berkesan..

Who can resist Carl’s Jr Double Western Bacon,Secret Recipe’s Chocolate Cheesecake,Vivo’s Panini Beefstripe,McD’s Double/TripleCheese Burger…



Damn..

Friday, September 24, 2010

.: 19th

Malam semalam...

Aku terfikir..Sekarang sudah bulan 9 masuk bulan 10.Lagi berapa bulan masuk tahun 2011.Lagi berapa bulan umur aku akan naik setakuk lagi..

*haishh..


Belum dapat apa yang aku impi..
Belum dapat apa yang diazamkan..
Belum lepas apa yang terbuku dalam hati..


*haishh..



tapi...


mungkin dalam hidup ini aku tak pernah akan dapat apa yang aku impi,tak dapat laksanakan apa yang aku azam,tak boleh lepaskan apa yang terbuku dalam hati..



*haishh..



hell..

Life ini memang untuk mencari sesuatu dalam hidup bukan?

Wednesday, September 22, 2010

.: Guamemangterkenabebbb!!!

Raya ni aku dengan confiden-nya shopping sakan.Baju 3 helai,seluar jin bertendang sehelai,sandal raya,tak dilupa duit raya anak-anak buah.Sebelum tu pula ada makan buka puasa ahli-ahli SKKB 86ixers.Duit lagi..Lepas tu time shopping buka puasa kat luar lagi.Duitttt lagi tu...Rumah mak kene decorate lagi sikit-sikit.Kasi touch up sikit...

Lepas tu nak pergi raya minyak kereta kena isi.Jalan sana,jalan sini...Berapa duit?Tengok wayang lagi,makan lagi...

Dan lepas dah kerja,ini hasilnya..








Ni sapa nak jawab ni....

Tuesday, September 21, 2010

.: 18th

..








I want to be something
I don't know why
I want to know that at least I tried
I see so clearly
That the odds are stacked against me
And that nobody else believes in me at all
I'm all alone here
And I have to face my own fear
I have no choice but to keep on keeping on


 

 

 

WEEZER  "I Want To Be Something"

..

Wednesday, September 8, 2010

.: Aidilfitri 2010[edisi update gune handphone]

selamat hari raya aidilfitri..
Maaf zahir dan batin..
semoga smue bgmbira...
Jmpe lepas raye ye kawan2..

Saturday, September 4, 2010

.: Semoga....

Sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t..Maksudnya

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".




InsyaAllah....

Friday, September 3, 2010

.: Seme-Seme [Edisi Menghilangkan Dosa-Dosa Kecil]

Orang kata demam,selsema,batuk tu Allah bagi sebagai dugaan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita..

Alhamdulillah...




Hachoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo......................

.: Puasa & Gua [ Edisi Marah...Lagi..]

Gua tau marah boleh kurangkan pahala puasa...

Tapi hari ini sungguh p*l*t rasanya...

Semalam baru plan weekend nak kemas rumah,nak buat preparation raya.Hari ni Pakcik Hitam suruh kerja sebabkan ada problem..dan macam biasa,bukan dari aku.

Memang seronok betulkan masalah yang bukan datangnya dari diri kau.Rasanya cukup sampaikan kau nak maki hamun,sumpah seranah dan kadangkala nak santau si-punca masalah..

Dan paling l*h*nat.Kau kena fix problem tu sorang-sorang sedangkan semua orang cuti,semua orang pergi shopping,semua orang pergi terkinja-kinja berseronok kat luar......



Ok.Fine...
Itu dugaan berpuasa kata orang..

Sesiapa yang nak teman aku esok.Boleh email aku ataupun kol terus.ok..

jangan malu-malu....

Thursday, September 2, 2010

.: 17th

I miss you...big time...



Friday, August 27, 2010

.: Konversasi Malam [Edisi Bual Bicara Bersama Staff Celcom]

Malam semalam lepas melantak main snooker 8 table,aku dan 2 orang kawan melepak dekat McD Bukit Tinggi..

Hujan turun sikit punya lebat.Masa tu aku rasa pukul 3 pagi.Sejuk macam apa.Nak peluk Jum pulak orang pandang ingat gay..

Tiba-tiba Incik E si staff Celcom buka cerita..

"Lu orang rasa panas ke tak bila Islam di-buat main-main?...Hari tu surau kena simbah cat.Hari ni pula sibuk pasal orang cina masuk surau bagi ceramah.Dia orang ingat apa...".Bebel dia..


"Relek brader.Cakap slow-slow sikit...".Sound Jum KP pasal belakang table ade 5-6 orang cina..


"Gua tak boleh makan 5-6 orang tu.Semua bertatu tu beb...".sambung aku..


"Islam ni agama suci tau...".Bentak Incik E lagi...




Aku dengan Jum KP anggukan saja.Apa kena dia ni entah.Rasa-rasa pasal kena bayar table snooker tadi kot..


Tiba-tiba dengar orang mengaji Al-Quran...Apa jadah orang mengaji kat McD.Sekali pandang rupanya staff McD tu buka tv3.Rancangan mari mengaji...


Boleh tahan juga yang mengaji.Budak umur 10 tahun tu.Mcam aku..dulu la.Sekarang nak pegang Al-Quran setahun boleh kira berapa kali...






"Wei,jom blah..Aku rasa panas la..".Incik E bersuara..

.: Konversasi Tengahari [ Edisi Nak Masuk 18 Ramadhan ]

Lelaki no.1 : "Kau puasa tak?"

Lelaki no.2 : "Puasa la..."..

Lelaki no.1 : "Pergh...bagus betul kau nih.."

Lelaki no.2 : "Tapi tu semalam je...Bak sikit air tu....."

Friday, August 20, 2010

.: 11 Years

"How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
And the light you left remains but it's so hard to stay
When I have so much to say and you're so far away"




Taken from Avenged Sevenfold's So Far Away 


It's been 11 years...
May you rest in peace...

Tuesday, August 10, 2010

.: Puasa Datang Lagi




Kepada semua umat Islam di seluruh dunia,selamat berpuasa aku ucapkan.....ya,kepada semua umat Islam tau...

Friday, August 6, 2010

.: Midnight Madness.

Melihat kehidupan malam para anak muda di Kuala Lumpur.Aku jadi takut...

Aku pun bukan lah seorang yang baik sangat tapi melihat gelagat mereka membuat aku terfikir..

"Ya,sememangnya ini akhir zaman.."..

Tuesday, July 27, 2010

.: Time Being...

"Looking to the night sky, I wondered, how can people change so easily. Well, peoples don't change, perhaps, they are just being honest to themselves".



Honesty kills people...




But not everytime..

.: Tak Tahu Antara Dua..

Korang rasa la kan..Kalau dulu badan aku  macam Taylor Lautner,ex aku mesti tak jadi clash dengan aku kan...

Friday, July 9, 2010

.: Hiburan Perasaan Hujung Minggu 6..



Aku rasa berat aku turun 2 kilo lepas aku naik binatang ni..

.: Hiburan Perasaan Hujung Minggu 5..






* Lagu hanya untuk hiburan.Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati atau diri sendiri..

.: World Champ One Day..

Gua rasa gua nak start balik merempit la...


Nak layan trek.Untung-untung bleh jadi macam dia ni.sapa tau.

Tuesday, July 6, 2010

.: 16th

love IS NOT EASY, it kills u slowly inside....



**


Kenapa bila kita ditahap umur remaja,kita akan lebih concern kepada benda yang tak sepatutnya.Benda yang rasanya kita tak perlu ambil kisah sangat..

Adakah mungkin sebab kematangan diri sendiri untuk berfikir..

atau

Diri sendiri yang sentiasa curiga tentang semua perkara...

Friday, July 2, 2010

.: Entri Kosong 8

"Eh..hari tu lu kata apa barang pakai croc.".sound sorang kawan aku..

"Memang la.Tak syle langsung.Huduhhh...".Jawab aku..

"Pastu lu kutuk-kutuk kaw-kaw kan pasal croc ni.Yahudi la.Yang pakai macam lahanat la.Perangai macam buaya la....".Kata dia lagi..

"Betul apa benda tu..".jawab aku lagi..

"Habis tu yang kau pakai ni jenama apa?".soal die..

"Hehehe..Cros juga.Ala...Barang 10 ringgit ja.Cap uptown la bro..".jawab aku tersengih....

Friday, June 25, 2010

.: Sakit Otak (Update Terkini)

- Dah 2 minggu Piala Dunia berlangsung aku baru tengok 2 game.Mana pergi semangat Hooligans aku pun tak tahu..

- Otak aku dah rosak(sikit) kot.Idea ada cuma tak tahu nak tulis apa dalam nih..

- Mana ada company yang nak gaji RM30.Kalau ada bagitau aku..Memang champion company aku nih..

- Siapa ada cara nak hilangkan ngantuk selain kopi,tongkat ali atau g*nj*.Sila hubungi aku...

- Berat badan naik lagi...

- Tangan agak gatal sekarang.Dah lama tak main snooker.Kaki-kaki jolok semua dah insaf nak simpan duit buat kahwin..



Sekian,

Terima Kasih..

Tuesday, June 1, 2010

.: 15th

**








Life, macam cantum-cantum jigsaw puzzle yang kau tak tahu bagaimana rupa-nya.

Always surprising, always perplexing, and always intimidating.










**




taken from here..

Friday, May 28, 2010

.: 14th






**


My Heart Your Hands lyrics by Dommin

I can feel the knife carving your love in my heart
You promised you wouldn't harm a hair on this fragile body,
no that's not fair
But how can I trust you?
How can I trust you with My Heart, in Your Hands closing your grip!
I'm so afraid that you'll leave me cold with my heart in your hands closing....
Try to sit here with closed eyes
It's not possible Cause how do I know that you'll be good doing the things that you know you should
Yeah, how can I trust you?

.: 13th

**






You have to be somebody,to have somebody...








**

Monday, May 24, 2010

.: 12th

**


still wondering...


can a women have a BFF althought she had a boyfriend?

not just a friend,but a BFF...

can they??


ermmmmmmmmmm...





**

Friday, May 14, 2010

.: Kembali Ke Asal.

Reunion class 4 PKEE 3 Sekolah Menengah Teknik Klang...










Semua makin kembang..Aku???masih sama seperti dulu.Cuma rambut dah makin nipis...

Wednesday, May 12, 2010

.: 11th

I was dreaming of the past.
And my heart was beating fast,
I began to lose control,
I began to lose control,

I didn't mean to hurt you,
I'm sorry that I mad you cry,
I didn't want to hurt you,
I'm just a jealous guy,

I was feeling insecure,
You night not love me any more,

I was shivering inside,
I was shivering inside,

I was trying to catch your eyes,
Thought that you were trying to hide,
I was swallowing my pain,
I was swallowing my pain.





*Taking from John Leanon's Jealous Guy.

.: 10th

**





I love you mom...


Happy Mother's Day..






**

Saturday, May 8, 2010

.: 9th

..




You said you love me as i are...


What is that??
A friend?
A lovers...
or just another BFF of yours...




The truth is.I can't read you mind.And i don't know exactly how you feel about me...



just want to ask you...


Am i you lovers???

.: 8th

..



Yesterday..

We go out together..

we were laughing..

sharing stories..

make fun of each other...

but.

i've sense something..

you loke different.

the way you talk to me..

the way you look at me..


don't know why..


maybe if was my nonsense crap feeling..

or maybe..



it was the truth..

.: Hiburan Perasaan Hujung Minggu 4..









**



Sudah penat...



Mahu berehat...

Thursday, May 6, 2010

.: 7th

..



Please.
I cant barely lose someone right now.
someone i love..
someone i care..

just..

Please...






..

Monday, May 3, 2010

.: 6th

..





Can a man and a women be a good friend?



I dont think so..


Because someday they will fall in love..

it a matter of time.right??




..

Thursday, April 29, 2010

.: 5th

..






Who are you to judge me?








..

Tuesday, April 27, 2010

.: 4th

Do we own our real life??








..




Saturday, April 10, 2010

.: Hiburan Perasaan Hujung Minggu 2...





So,memang dah tak ade idea nak tulis ape...

Lagipun sekarang sudah jadi anak teruna separa baik.Duduk rumah saja.Minum kopi ais pun kat rumah.Purata pelepakan adalah 1 kali dlm seminggu.Samapai mak aku tanya aku ni buang tabiat ke..

Gua dah 24 tahun beb,malas nak lepak,malas nak marah-marah,malas nak cakap banyak-banyak dan,sindrom besar bagi umur separa dewasa ni...malas untuk buat apa-apa...



Duduk rumah layan Football Manager sudah...

Saturday, March 27, 2010

.: Kutu Dan Putu..

Nampaknya gua dah tak boleh buat entry emo-emo pasal kutu-kutu jalan berantai sudah tau gua punya blog.Mampus 60 tahun punya gelak diaorang bagi...





***


Amoi tanya gua nak hadiah apa untuk besday.Lu orang rasa apa patut gua cakap...

Tuesday, March 23, 2010

.: Sesi Bersama Amoi 1...


"My friend think that you're tough..".

"WTF...".Aku balas...

"Dia tengok gambar i kat mana?".Tambah aku..

"Kat phone i la..".jawab Amoi..


Cess.Memang la...Tu kan gambar separuh.Try bagi die tengok gambar full.Confirm tersedak tengok 'pouchbag' aku....".

Tuesday, March 16, 2010

.: 2nd..

Aku rasa aku sudah buang semuanya..Tapi terlupa membuang reminder utk anniversary yg sepatutunya masuk tahun ke-5..
Tahun yang tiada lagi 'kami'...

Pagi tadi juga aku jumpa ini...

Situasi yg serupa cuma penulis ini perempuan dan aku lelaki.....

lelaki yang kosong....
lelaki yang suram..
lelaki yang tiada apa..

kecuali

nyawa...

Monday, March 15, 2010

.: 1st...






Just imagine..
if we're still together....
just imagine..
if we're still in love..
just imagine...
if your never change..
just imagine..
if we never fall in love..

and

just imagine...


if i never meet you...

Wednesday, March 10, 2010

.: I Survive Sungai Pisang Waterfall....

Kaki tengah krem.24 tahun ini la 1st time aku pergi camping.Dan walaupun berat aku 86kg,aku tetap unggul dan cemerlang hingga sampai tempat yang dituju...

Sungai Pisang,Gombak...












Lepas ni setakat Gunung Ledang tu aku daki sambil makan megi je...

Hahahah....

Tuesday, February 23, 2010

.: Akhirnya...

Akhirnya apa yang selama ini aku cari,sudah aku temui..Yang dikata kan cinta...






















demm.....

Friday, February 19, 2010

.: Post Tengah Bulan[Ditulis Tanpa Arah Tuju]

Semalam motor rosak lagi.Kena balun 1 rat.Cilakak..tengah bulan pula tu...




**


Aku makin tak paham gadis-gadis kat Malaysia.Kelmarin baca paper ada lagi gadis yang lari ikut orang Indonesia...


Adakah lelaki Indonesia amat attractive?.Atau mereka memang macho dan romantik??...Atau macam member aku kata diaorang guna-gunakan perempuan tu..

Entah la...

Tapi ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran lelaki-lelaki single se-Malaysia yang antaranya aku ni.Geram,bengan,terguris pun ada tau...







Itu yang bila dengar lagu macam ni rasa agak sh*t sikit....










*lagu ini ditujukan untuk diri sendiri....

Saturday, February 6, 2010

.: Hiburan Perasaan Hujung Minggu...

.: Demm..

buat pertama kali dalam hidup aku rasa macam nak kahwin.......

Monday, February 1, 2010

.: Pertanyaan Hati...Lagi....

Serius gua dah jadi bodoh dalam hal-hal kaseh sayang ni....


so...


Apa maksud kalau dia sayang kau,tapi takut sayang lebih-lebih pasal takut kehilangan kau??..

Thursday, January 28, 2010

.: Antara Brokoli dan Bront Palaree...

Tajuk yang tak ada kena mengena...




Hari Rabu kelmarin pergi klinik.Makin teruk batuk aku ni...Syak macam h1n1....

Sampai klinik doktor tu punya la suruh tarik nafas,macam nak menyelam pun ada.Dia suruh pusing sini,pusing sana...


Last2 dia cakap aku disyaki ada Bronkitis.Aku dengan muka konfiden mengangguk macam paham..Aku tanya bahaya ke tak benda alah tu..dia kata tak sangat....

Ermmm,ok la tu..kot...



Pagi tadi aku try google pasal bronkitis ni.Sekali dapat ini...

Apakah itu bronkitis?
Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis.

  • Bronkitis akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu).
  • Bronkitis kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih).

Agak seram jugak la pasal ada sangkut paut dengan paru-paru...


Ish2...lepas ni dah tak boleh lepak semeja dengan kutu-kutu simpang berantai la.Pasal semua taik rokok...

Friday, January 22, 2010

.: Persoalan Hati....Mungkin..

Mungkin hati aku memang milik dia....


Mungkin....


Tapi mulut ini tak terucap kata-kata "itu"....

Tuesday, January 12, 2010

.: Seniorita...

"Kau ni macam mana buat kerja.Boleh buat ke tak ni?."..

"Err..Boleh saja.".aku jawab...


Ironinya yang sound aku itu adalah opismate aku yang baru 2 hari masuk kerja...

Mak Aiiihhh.Ligat sungguh dia bersuara.

Nasib baik perempuan dan mungkin bini orang.Kalau tak dah lama aku lempang dengan selipar arab bawah meja aku nih...



Demm.....

Friday, January 8, 2010

.: destiny....or fate..

.: Baru berapa hari masuk tahun baru dah buat perangai.Macam cilaka...

.: Sedih dengar cerita 4 sekeluarga mati dibunuh tu...

.: Member aku kata aku tak laku pasal dah 2 tahun aku single.SOrang lagi kata aku lambat bertindak.Sorang lagi kata aku tak keluar dari kelompok aku.Malas...

.: Tengah cari apa kelebihan aku.Yang boleh buat duit..

.: Mak aku suruh ambik kereta.Tapi dia kata jangan ambik kereta kecik2.Sempit.Cehh..demand...

.: Kerja,kerja,kerja...

.: Bos besar suruh aku ubah perangai.Disiplin pasal masa(padahal die dtg tengahari)...

.: Berat naik 2 kg...bapak besau....cube teke sekarang berat aku berape??

.: Sesiapa perempuan yang boleh cerita kat aku pasal hati wanita,perihal perempuan sila email aku.Makin tak paham aku pasal perempuan nih...





Ok la..sudah mau balik sudah.Hari ni tak nak main snooker.Aritu kalah 3 table.menang 2 je.Tak berbaloi...

.: Soalan Cepugangsa 4







Apa perbezaan mata kuyu dengan mata sepet??




Tuesday, January 5, 2010

.: Lalala...Kerja...

Gua ingat gua bersendirian dalam usaha meluaskan ideologi pasal kerja ni.Rupanya brader pipi pun sama dengan gua...

Memetik kata-kata beliau..

"Selari dengan perancangan gua itu, tahun 2010 ni gua memang tak kerja. Gua dah bosan kerja. Dah berapa tahun gua kerja. Satu Ferarri pun tak dapat. Kerja ni sebenarnya propaganda orang barat yang bertujuan untuk melemahkan mental dan fizikal orang melayu. Selepas itu mereka bina Disneyland untuk berseronok. Orang Jepun pula mencipta kerja dan menyebarkan bagi mengaut keuntungan dari orang negara dunia ketiga macam kita melalui penjualan jam loceng. Gua tahu, tak ramai yang sedar perkara ni. Ini disebabkan orang barat, orang Jepun, orang benua Amerika awal-awal lagi dah mencipta TV. Kemudian mereka meletakkan pula ejen mereka di seluruh dunia untuk menghasilkan peraduan menyanyi. Satu konspirasi yang sangat besar"...



Untuk itu..gua akan terus berusaha agak pendapat kami akan diterima umum....



Sekian....

Sunday, January 3, 2010

.: Pencarian Header Cool 2010

Sesiapa ada idea untuk menukar corak header blog ini amat dialu-alukan untuk menyumbangkannya kepada saya di email yang tertera disebelah..




Sesungguhnya pemilik blog ini amat ketandusan dan ketumpulan idea...








Hadiah??

Tak ada...

Kaki aku ada la...Nak??

.: The Lust